suria

Penduduk tak tanam atau bakar mayat, tapi dipaku pada tebing gunung... Keranda gantung jadi tarikan pelancong!

Keranda 'gantung' menjadi tarikan pelancong di Sagada, Filipina. Foto: Getty Images

LAZIMNYA mayat akan dikebumikan atau dibakar, bergantung kepada agama dan kepercayaan masing-masing.

Di Filipina, sebuah bandar kecil menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan dan cara 'luar biasa' mereka 'mengebumikan' orang mati.

Di bandar kecil yang dikenali sebagai Sagada itu, penduduk tempatan tidak mengebumikan kaum keluarga dan rakan-rakan mereka yang sudah meninggal dunia.

Sebaliknya, mereka meletakkan mayat si mati di dalam keranda yang dipaku pada tebing batu gunung.

Difahamkan, ritual tersebut telah diamalkan sejak 2,000 tahun lalu.

Selepas meninggal dunia, mayat si mati akan diletakkan di atas kerusi kayu yang diikat bersama daun dan pokok anggur, di pintu rumah mereka supaya saudara-mara boleh memberi penghormatan.

Mayat kemudian dibalut dengan selimut dan daun rotan sebelum dimasukkan ke dalam keranda yang akan dipaku di tebing batu.

Menurut kepercayaan mereka, semakin tinggi keranda diletakkan, semakin besar kemungkinan orang itu mencapai sifat yang lebih tinggi dalam kehidupan seterusnya.

Ia juga secara tidak langsung melindungi si mati daripada bencana alam seperti banjir.

Keranda yang reput lama-kelamaan akan jatuh dari kedudukannya ke bawah.

Pelancong tidak boleh berjalan di bawah keranda atau mendekatinya terlalu dekat.

Ini bagi menjaga keselamatan orang ramai serta menghormati orang mati yang kerandanya tidak boleh diganggu dengan apa cara sekalipun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain