SEBUAH belon gergasi berwarna perak dan bahan dekorasi dari sebuah acara perayaan telah menyebabkan keadaan trafik di Jalan London's Tottenham Court menjadi haru biru. Video yang tular menunjukkan dekorasi Krismas seperti belon bergolek di jalanan kerana ditolak angin kencang dan ada kereta yang cuba mengelaknya. Satu belon melanggar tiang lampu sebelum bertukar arah dan bergolek semula ke jalan lalu berhenti apabila tersangkut pada sebatang pokok. Kejadian berlaku ketika lampu Krismas sedang dipasang di Oxford Street yang akan menarik ribuan pengunjung ke ibu negara Great Britain itu. Situasi tersebut bagaimanapun dilaporkan berjaya dikawal tidak lama selepas itu. Angin kencang yang menjadi punca kepada kejadian tersebut dipercayai ekoran taufan Claudion yang sedang membadai Great Britain. Kebanyakan lokasi di England dan Wales terjejas dengan keadaan yang berangin dan lembap sehingga ada komuter yang terbabas. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI