suria

Menyesal buang bayi, pasangan kekasih ditahan ketika datang nak ambil semula anak dibuang

Pasangan ini membuang bayi di hadapan rumah penduduk lain. Foto: Ricky

PASANGAN kekasih ditahan ketika mahu mengambil semula bayi yang telah dibuang di depan rumah orang lain.

AHA (lelaki) dan SM (wanita) ditangkap ketika mereka datang ke rumah tersebut untuk mengambil bayi perempuan yang diletakkan dalam kotak.

Kejadian berlaku di Jalan Mawar, Siantar Barat, Indonesia pada Sabtu.

Ketua Polis Pematang Siantar AKBP Fernando pada Khamis berkata pasangan kekasih itu ditangkap setelah penduduk setempat membuat laporan.

Siasatan awal mendapati AHA dan SM mengaku bayi yang diletakkan di depan rumah penduduk di Jalan Mawar itu merupakan bayi hasil hubungan terlarang mereka.

SM mengaku melahirkan bayi berkenaan di bilik rumahnya di Kecamatan Pematang Sidamanik tanpa pengetahuan sesiapa.

Disebabkan takut dengan ibu bapanya, SM dan kekasihnya, AHA membawa bayi yang baru dilahirkan itu ke Pematang Siantar dan meletakkannya di depan rumah salah seorang penduduk.

Bagaimanapun mereka berdua menyesal dengan perbuatan itu dan datang kembali untuk mengambil bayi yang telah dibuang sebelum ditangkap polis. -okezone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain