suria

[V] Meriah! Suami isteri rai hari jadi anak kambing dalam majlis besar-besaran... siap ada DJ, acara potong kek

Suami isteri menyambut ulang tahun kelahiran anak kambing peliharaan mereka.

SEPASANG suami isteri yang tidak dikurniakan zuriat menyambut hari ulang tahun anak-anak kambing peliharaan mereka dengan penuh meriah.

Pasangan yang tinggal di Kanshi Ram di Uttar Pradesh, India itu menjemput saudara-mara dan rakan-rakan mereka ke majlis tersebut.

Bukan sekadar diadakan acara memotong kek, malah terdapat DJ membuat persembahan.

Video parti hari jadi yang dianjurkan mereka menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan, Raja dan isterinya tidak mempunyai anak sejak berkahwin.

Kambing peliharaan mereka melahirkan dua anak pada tahun lalu dan pasangan itu memutuskan untuk menyambut hari ulang tahun pertama anak kambing itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Anjing dirai dalam majlis hari jadi besar-besaran, siap ada kek 100kg

"Kami melayan haiwan ini sebagai anak sendiri dan kami memutuskan untuk meraikan hari lahir mereka dengan meriah.

"Kami menamakan anak-anak kambing ini Kuber dan Laxmi dan saya membawa mereka keluar berjalan-jalan dengan menaiki beca," katanya.

Menurut Raja, tetamu juga membawa hadiah untuk anak-anak kambingnya.

"Kami mendapat selimut dan hadiah lain untuk mereka," tambahnya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain