suria

Wanita dakwa miliki ‘bibir terbesar di dunia’, tak serik ‘cucuk’ walaupun berisiko hilang nyawa

Andrea mendakwa dirinya mempunyai bibir paling besar di dunia.

SEORANG wanita yang mendakwa mempunyai 'bibir terbesar di dunia' sedang berusaha untuk memecahkan rekod baharu, kali ini dengan suntikan pada bahagian dagu untuk kelihatan lebih runcing.

Sungguhpun doktor memberi amaran bahawa apa jua prosedur kosmetik yang dijalaninya berisiko membawa maut, namun perkara tersebut tidak diambil serius oleh Andrea Ivanova.

Influencer media sosial berusia 25 tahun itu dilaporkan telah menjalani 32 prosedur pada bibirnya, yang menelan belanja sebanyak £8,000 (RM42,632).

Prosedur terbaharu itu, menurut Andrea, adalah 'hadiah' sempena hari jadinya yang ke-25 dalam usaha memburu gelaran 'dagu paling panjang dan runcing di dunia'.

"Saya suka bibir saya dan saya mahukan rekod baharu itu," kata Andrea, dari Sofia, Bulgaria.

"Hari lahir saya bulan lalu dan saya meraikannya dengan melakukan prosedur suntikan filler pada rahang," ujarnya.

Untuk merealisasikan impiannya, Andrea berkata dia mendapatkan suntikan asid hyaluronik setiap dua minggu.

Andrea mula melakukan prosedur kosmetik pada wajahnya sejak 2018. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain