MALANG menimpa seorang tukang cuci tandas apabila dia diserang seorang lelaki ketika sedang bertugas, Januari lalu. Menerusi kejadian di sebuah kelab malam, bekas mekanik pesawat, Billy Dean Fallon, 28, bertukar agresif selepas hubungan intimnya terganggu dengan kehadiran tukang cuci itu. Difahamkan, mangsa mengetuk pintu tandas orang kelainan upaya (OKU) itu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan harian. Mangsa tidak menyangka Fallon sedang berada di dalam tandas itu dan sedang melakukan hubungan seks dengan seorang lagi individu. Dalam perkembangan terbaharu, Fallon mengaku bersalah melakukan serangan itu sehingga menyebabkan kecederaan ke atas mangsa. ARTIKEL BERKAITAN: Memasak terlalu lama, pelanggan serang pekerja restoran dengan senduk besi Menerusi perbicaraan di Mahkamah Majistret Southport di Queensland, Australia pada Isnin, dia turut dirarah membayar £844 (RM4,610) kepada mangsa Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimainkan di mahkamah memaparkan Fallon keluar dari tandas tanpa memakai baju sebelum melemparkan tumbukan bertubi-tubi ke arah tukang cuci. Seorang wanita dilihat berjalan keluar dari tandas berkenaan sambil memegang dua minuman. Fallon telah ditarik oleh seorang pengawal keselamatan yang datang bersama saksi lain sebelum kejadian berkenaan dilaporkan kepada polis. Majistret Michelle Dooley berkata serangan ke atas tukang cuci itu tidak wajar kerana dia hanya menjalankan tugasnya. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI