suria

Eksperimen seks bawa padah, remaja masuk hospital selepas kabel USB tersangkut dalam zakar

Mangsa dibedah selepas gagal mengeluarkan kabel USB itu.

SEORANG remaja lelaki membuat eksperimen seks yang aneh apabila dia memasukkan dua kabel USB ke dalam zakarnya.

Remaja lelaki dari Britain yang berusia 15 tahun itu memasukkan kabel kerana mahu mengukur kepanjangan zakarnya dari bahagian dalam.

Tindakan itu membawa padah apabila kabel berkenaan tersangkut dan bersimpul di dalam kemaluannya, memaksa dia ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu berlaku pada tahun 2021, namun doktor baru sahaja menerbitkan penjelasan mengenainya menerusi Science Direct.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki nyaris hilang zakar selepas gagal keluarkan cincin besi... Kononnya pakai sebab nak besarkan kemaluan

Menurut doktor, pesakit adalah remaja yang cergas dan sihat tanpa sejarah gangguan kesihatan mental.

Doktor pada mulanya gagal dalam percubaan pertama untuk mengeluarkan kabel.

Sebatang besi turut digunakan untuk menarik kabel namun proses menjadi sukar kerana ia sudah bersimpul.

Akhirnya, doktor terpaksa memotong bahagian antara alat kelamin dan dubur supaya dapat mengeluarkan kabel berkenaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain