suria

Dianggap miliki senyuman menyeramkan, akhirnya ada yang sudi bela anjing sumbing ini

Anjing yang dilahirkan dengan bibir sumbing ini temui rumah baharu.

SEEKOR anjing jalanan yang lahir dengan bibir sumbing berjaya temui rumah yang mempunyai keluarga penyayang untuk menjaganya.

Anjing baka Staffordshire bull terrier yang berumur 10 bulan itu tiba di pusat penjagaan haiwan Dog Trust Kenilworth dengan senyuman yang boleh dikatakan menggerunkan.

Namun begitu, perkara tersebut tidak menghalang anjing yang diberikan nama Lottie itu untuk mencuri tumpuan pengunjung dan juga penjaga.

Pada mulanya, pusat penjagaan di situ mempunyai kerisauan jika Lottie sukar untuk menemui tuan baharu kerana rupanya yang kurang menyenangkan, tetapi perkara itu ternyata tidak benar.

Satu pasangan yang melawat tempat penjagaan tersebut jatuh cinta pandangan pertama ketika menemui Elvis dan mereka terus bersetuju untuk membawa Lottie pulang.

Pasangan Debbie dan Kevin Pitt datang ke situ sememangnya dengan niat untuk mencari anjing baharu sebagai haiwan peliharaan mereka kerana telah kehilangan anjing mereka yang sebelumnya.

Anjing penyelamat berumur 12 tahun yang digelar sebagai Billy itu meninggal dunia dan telah meninggalkan kekosongan kepada kedua-dua Debbie dan Kevin Pitt.

"Rumah kami berasa seperti ada yang tidak kena dengan ketiadaan Billy, kami boleh teruskan bersedih dengan pemergian Billy atau kami boleh buat kebaikan dan selamatkan anjing yang memerlukan rumah

"Kami sangat gembira, walaupun pemergian Billy masih dirasai tetapi kehadiran Lottie berjaya untuk buat kami gembira semula," kata mereka. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain