SEORANG lelaki ditemui mati oleh adiknya selepas meminum tiga botol minuman beralkohol atau 'vodka' setiap hari. Menurut ibu mangsa, dia telah cuba mendapatkan bantuan perubatan dari pihak doktor untuk merawat ketagihan anaknya tetapi tidak dihiraukan. Callum Rogers ditemui tidak bernyawa di rumah kediamannya di Greenwich, London pada 14 April lalu. Selepas siasatan lanjut ke atas kematian Callum, ibunya, Wendy Bruckland menyelar pusat rawatan mental yang telah melepaskannya sebulan sebelum kejadian. Dia berasa kecewa kerana dia telah memberi amaran kepada pasukan perubatan tentang ketagihan Callum untuk meminum 'vodka' seperti meminum air kosong. Callum, 28, mempunyai rekod lampau penyalahgunaan alkohol dan telah mendapatkan khidmat pemulihan dari badan sosial. Ketika dia membesar, dia kerap mengambil minuman keras secara berlebihan sehingga menyebabkannya dia dimasukkan ke hospital. "Saya cuba semua benda yang saya mampu. Saya beritahu doktor yang dia minum berbotol minuman 'vodka' seperti meminum air mineral tetapi tidak dilayan. "Mereka kata tidak mungkin anak saya boleh minum sampai macam itu, dia mesti dah mati," kata Wendy apabila tidak ada siapa yang mempercayainya. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI