suria

Padah masukkan tali skipping dalam zakar, pundi kencing warga emas terpaksa dibedah

Tali skipping dikeluarkan menerusi pembedahan. foto Creative Commons

SEORANG lelaki warga emas menerima padah apabila memasukkan tali skipping (lompat tali) ke dalam zakarnya, menyebabkan ia tersangkut ke dalam pundi kencingnya.

Insiden berlaku pada lelaki berusia 79 tahun dari Jepun, membabitkan tali skipping berukuran 90 inci.

Setakat ini, pihak doktor menjelaskan bahawa mereka tidak pernah melihat apa-apa yang lebih 'ekstrem' daripadanya.

Tali tersebut tidak mempunyai pemegang, tetapi sepanjang lebih dua meter dan agak nipis, serta ia tersimpul di dalam pundi kencingnya.

tali skipping 2

Lelaki itu pada mulanya tidak mengaku memasukkan tali ke dalam zakarnya. foto Creative Commons

Ini bermakna pihak perubatan tidak dapat mengeluarkannya dalam keadaan biasa.

Mereka terpaksa membuat lubang di bahagian pundi kencingnya untuk mengeluarkan tali melalui pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Eksperimen seks bawa padah, remaja masuk hospital selepas kabel USB tersangkut dalam zakar

Memetik laporan Mail Online, lelaki itu pada mulanya ke Universiti Perubatan Dokkyo bagi mengadu berasa seperti 'terbakar' ketika membuang air kecil.

Pegawai perubatan kemudian menjalankan x-ray, di mana mereka mendapati terdapat benda asing bergelung seperti wayar.

Dan lelaki itu pada mulanya tidak mengaku telah memasukkan tali tali tersebut ke dalam alat sulitnya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain