SEORANG wanita digemparkan dengan seekor ular sepanjang 4 kaki (1.2 meter) memasuki mulutnya. Rakaman mengerikan menunjukkan ular itu dikeluarkan menerusi pembedahan dari kerongkong seorang wanita warga Rusia, menjadi tular di media sosial. Ular sepanjang 1.2 meter itu memasuki mulut hingga ke kerongkong wanita berkenaan ketika dia sedang tidur. Medics pull 4ft snake from woman’s mouth after it slithered down there while she slept. pic.twitter.com/oHaJShZT3R — Fascinating Facts (@FascinateFlix) November 12, 2022 Reptilia itu mula menyerang doktor yang menjalani pembedahan tersebut sejurus ia dikeluarkan dari kerongkong pesakit. Bagaimanapun, doktor berkenaan sempat mengelak daripada serangan ular itu. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berdepan detik cemas, ular kecil masuk dalam telinga... siap nganga mulut! Ketika pembedahan dijalankan, wanita tersebut tidak sedarkan diri. Setakat ini, video yang dikongsi menerusi laman Twitter @FascinateFlix meraih lebih 1.8 juta tontonan. India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI