TULAR di media sosial apabila seorang pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan bersama sebuah kereta jenis Toyota Raize dan vespa Primavera. Kedua-dua kenderaan ini merupakan mas kahwin yang diberikan dengan masing-masing dianggarkan berharga 230 juta rupiah (RM68,781) dan juga 50 juta rupiah (RM14,952). Majlis perkahwinan mereka yang menjadi perhatian netizen ini dikatakan berlaku di Jawa Tengah, Indonesia pada 10 November baru-baru ini. View this post on Instagram A post shared by INFO ASLI PATI (@patisakpore) Apabila diteliti pada video dimuat naik di Instagram, kelihatan kereta berwarna putih bersama motosikal merah berkenaan diarak ke rumah pengantin perempuan dan diikat dengan hiasan riben berwarna-warni. Difahamkan, mas kahwin yang mahal sudah menjadi budaya di sekitar kawasan Jawa Tengah kerana keadaan sosial yang mewah mendorong mereka untuk selamba memberikan hantaran dengan jumlah mahal. Malah dalam video sama, pasangan pengantin itu juga dilihat sempat menari di majlis sendiri bersama beberapa tetamu yang hadir sebagai tanda untuk meraikan hari bahagia kedua-dua mempelai. - Detik Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI