CUBAAN seorang lelaki yang cuba mengambil swafoto di atas tebing untuk memaparkan keindahan pemandangan pantai, berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia secara tragis selepas terjatuh dari ketinggian hampir 40 kaki (12 meter). Igor de Oliveira Rodrigues Dias, yang merupakan seorang penganalisis logistik, terjatuh dari batu yang menghadap ke Pantai Joatinga di Rio de Janeiro, Brazil, pada petang Khamis, 10 November. Dias, 33, dilaporkan cuba mengambil swafoto namun hilang keseimbangan badan lalu terjatuh ke bawah, lapor media tempatan. Mangsa maut ekoran kepalanya terhantuk pada batu. Anggota bomba yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke tempat kejadian, tetapi Dias sudah meninggal dunia ketika pasukan itu tiba. Mereka terpaksa menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mayat Dias dari tempat kejadian. Dias dikebumikan di kawasan kejiranan Caju pada hari 12 November lalu. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI