suria

Lelaki berputih mata, isteri curi wang loteri lebih RM760,000 dan cabut lari dengan kekasih

Mangsa membuat laporan polis susulan wang loterinya dicuri isteri sendiri. Foto: Thethaiger.com

SEORANG lelaki di Thailand berputih mata apabila isterinya 'mencuri' wang kemenangan loteri miliknya dan melarikan diri bersama lelaki lain.

Manit, 49, memenangi loteri berjumlah 6 juta baht (RM762,993) dan telah merancang untuk mendermakan sebahagian daripada wang kemenangan itu kepada sebuah kuil dan juga mengadakan majlis untuk berkongsi kegembiraan bersama keluarga.

Ketika majlis berlangsung, Manit ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali dan bertanya kepada isterinya, Angkanarat.

Wanita itu menipu dan menjawab bahawa lelaki tersebut adalah saudara mereka, sedangkan individu berkenaan adalah kekasih gelapnya.

Tanpa diduga, Angkanarat melarikan wang tersebut untuk memulakan hidup baharu bersama kekasihnya.

Polis berkata mereka tidak dapat membantu Manit kerana lelaki tersebut dan Angkanarat tidak pernah menandatangani sijil perkahwinan rasmi, walaupun telah hidup bersama selama 26 tahun dan mempunyai tiga anak. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain