suria

[V] Wanita tunjuk juah ‘serang’ adik ipar, tuduh jadi kaki kikis siap ungkit kos bersalin... Tapi pelik suami diam membatu!

Tangkap layar sebuah video yang tular dikongsikan di Twitter oleh seorang pelayar.

CERITA campur tangan ibu bapa dalam rumah tangga anak-anak sering kali kita dengar berlaku dalam masyarakat.

Namun kali ini lain sedikit kisahnya apabila si kakak kepada pengantin lelaki didakwa sering masuk campur dalam hal keluarga adiknya.

Kisah berkenaan tular hingga menarik perhatian ramai selepas satu video perang mulut antara adik-adik beradik itu dikongsikan di Twitter @AreaJulid.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, wanita berkenaan memarahi adik iparnya kerana didakwa menggunakan harta adiknya.

"Saya dituduh mempergunakan adiknya kerana adiknya mempunyai kenderaan sedangkan saya tiada.

"Telefon yang saya beli sendiri dikatakan minta daripada adiknya," kata si isteri mengadu tentang perihal kakak iparnya.

Bukan itu sahaja, kakak iparnya juga didakwa meminta wanita itu membayar semula kos rawatan ketika dia melahirkan anak.

"Saya lahirkan anak dia suruh ganti, katanya saya pergunakan duit suami," katanya lagi.

Kisah keluarga ini semakin parah apabila wanita itu juga didakwa menghalang suaminya daripada berhubungan dengan ibu bapa.

"Saya difitnah jauhkan suami saya daripada keluarga, dia tuduh saya hasut suami benci ibu bapa.

"Sebab sejak bersalin, saya tak pernah pergi ke rumah mereka. Sedangkan luka jahitan selepas bersalin belum sembuh," katanya lagi.

Insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah daerah di Indonesia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain