suria

Gambar Perang Dunia Kedua ada lelaki pegang telefon bimbit, timbulkan misteri pengembaraan masa benar wujud

Pengembara masa dalam gambar perang 1940-an.

TIDAK ada apa yang janggal untuk melihat jejaka berkot hitam berbual ke dalam telefon bimbit sambil berdiri di sebuah laluan pejalan kaki yang sibuk.

Namun begitu, bagaimana jika situasi itu berlaku pada tahun 1940-an?

Dalam satu gambar Perang Dunia Kedua yang diambil di Iceland, kelihatan seorang lelaki yang seolah-olah bukan dari era itu.

Gambar yang diambil pada tahun 1943 itu menunjukkan sekumpulan warga tempatan dan tentera Amerika Syarikat sedang berbual santai sambil mengisi masa lapang.

Lelaki berkenaan yang disyaki pengembara masa dilihat merenung terus ke dalam kamera sambil memegang telefon bimbit di telinganya.

Rata-rata pengguna media sosial menyatakan dia sedang menggunakan teknologi canggih miliknya untuk berada pada garis masa itu.

Telefon bimbit pertama yang diperkenalkan di Iceland adalah Motorola DynaTAC 8000X pada tahun 1973 iaitu 30 tahun selepas gambar tersebut diambil.

Ada juga netizen yang sempat berjenaka mengatakan warganegara Iceland sebenarnya adalah orang pertama yang mencipta telefon bimbit.

Sehingga ke hari ini misteri pengembara telefon bimbit itu masih belum selesai. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain