SEORANG gadis berusia 18 tahun berdepan nasib malang apabila dia mendakwa dicabul seorang jururawat lelaki, Isnin lalu. Menurut mangsa yang dikenali sebagai De, kejadian berlaku ketika dia bermalam di hospital untuk menjaga ibunya yang sedang sakit. Mangsa yang berasal dari Bandaraya Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia menyedari dirinya dicabul seorang lelaki sekitar jam 3.30 pagi. "Memang benar kes ini sudah dilaporkan kepada kami," demikian komen ringkas Komisioner Kanan Polis, Rishian Krisna pada Rabu petang. Berdasarkan laporan polis, Krisna berkata kejadian bermula ketika De menjaga ibunya yang sakit dan dirawat di salah sebuah wad dalam hospital berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Guru mengaji didakwa cabul pelajar bawah umur sebanyak 20 kali, mangsa menangis tapi membisu dalam pelukan ibu bapa "Ketika itu De tidur di sebelah ibunya. Dia sengaja tutup lampu sewaktu tidur, jadi wad berada dalam keadaan gelap. "Sekitar jam 3.30 pagi, De terjaga kerana merasakan ada seseorang di sebelahnya. Mangsa juga merasakan ada perbuatan lucah dilakukan oleh jururawat. "De bangun dan mendapati ada seorang jururawat lelaki di sebelahnya. Jururawat itu mengaku sedang membaiki alat IV yang melekat pada tangan ibunya. "Selepas itu, De segera menangis. Jururawat itu didakwa mencabul De untuk masa yang lama sehingga De tersedar dari tidurnya," ujar polis lagi. - Kompas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI