suria

Gempar lelaki mati hidup semula, rupanya cuba palsukan kematian sendiri

Seorang lelaki cuba memalsukan kematian dengan berada dalam keranda. foto CEN

SEORANG lelaki menggemparkan orang ramai apabila didakwa mati hidup semula ketika berada dalam kerandanya.

Dia kini disiasat selepas didakwa memalsukan kematiannya sendiri untuk mengelak daripada pemungut hutang.

Dalam satu kejadian, lelaki berusia 40 tahun itu berada di dalam kerandanya yang terbuka, dan orang ramai cuba melonggarkan pakaiannya.

Namun seorang daripada mereka memeriksa pernafasannya, meletakkan tapak tangan di mukanya, dan dia kemudian dibawa menggunakan troli di hospital.

Difahamkan lelaki itu bersama isterinya dari Jakarta Selatan, Indonesia mengupah ambulans untuk mengambil keranda dan kemudian membawa mereka pulang ke rumah.

Dilaporkan dari Rancabungur, Kabupaten Bogor, mereka memberitahu pemandu ambulans untuk mengambil mayat ahli keluarga yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, si isteri kemudian memberitahu pemandu bahawa suaminya tidak akan bersama mereka sepanjang perjalanan ke tempat yang hendak dituju.

Sumber media tempatan melaporkan lelaki itu sebenarnya menyelinap masuk ke dalam keranda yang kosong.

Di Hospital Besar Bogor, usaha untuk mendapatkan sijil rasmi kematian gagal apabila ternyata dia tidak mati, dan tiada sijil kematian dikeluarkan kepada orang yang masih hidup.

Ketua Hospital Besar Bogor, Iman Imanuddin berkata, pemandu ambulans dimaklumkan bahawa pasangan itu mempunyai hutang yang besar dan dikejar oleh pemungut hutang.

Pihak hospital enggan mengulas mengenai pasangan itu selain merawat lelaki itu yang kemudiannya dibenarkan pulang. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain