suria

Motor peniaga bakso dirempuh lori... Bebola daging bergolek atas jalan, mangsa cedera terkena kuah panas

Keadaan motosikal peniaga itu yang rosak selepas dirempuh lori, Selasa lalu.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan.

Begitulah kisah mengenai nasib malang seorang peniaga bakso dari Kediri, Jawa Timur, Indonesia apabila apabila motosikal yang digunakannya untuk berniaga terbalik akibat dilanggar lori.

Ketua Polis Daerah Banyakan, Pesuruhjaya Umar Said berkata, unit rondaan telah dihantar ke lokasi selepas kejadian berlaku, Selasa lalu.

Umar Said berkata, sejurus tiba, mangsa yang dikenali sebagai Rochim, 46, telah dibawa ke Hospital Ahmad Dahlan oleh pemandu lori tersebut untuk mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga yong tau foo OKU nangis ketika cari rezeki, sanggup berniaga jauh dari rumah sebab nak lari daripada pesaing

Bebola daging bakso yang dibawa peniaga itu turut bertaburan di atas jalan raya.

Lebih malang, sambal pedas serta kuah panas yang dibawa menggunakan motosikal itu turut terkena mangsa.

Dalam pada itu, keluarga mangsa turut hadir ke Ibu Pejabat Polis untuk melaporkan kemalangan tersebut yang kemudiannya disiasat oleh Unit Trafik Polis Kota Kediri (SATLANTAS).

Ketua Penguatkuasaan SATLANTAS, Wina Nurwarida berkata, kemalangan berlaku selepas lori yang dipandu Bagus Hadi Prayitno, 38, gagal memotong kenderaan dari arah bertentangan. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain