suria

Manusia akan tinggal sepenuh masa di bulan pada dekad ini - NASA

Saintis NASA akan bekerja dari jauh di bulan. foto Getty Images

ANDA mahukan perubahan dengan bertukar planet?

Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memberitahu manusia akan tinggal di bulan pada dekad ini, dengan saintis dan angkasawan menghabiskan masa lama di permukaan bulan.

Agensi angkasa AS itu kini sedang menguji kapal angkasa Orion, kapsul angkasa lepas boleh guna semula yang direka untuk membawa angkasawan ke Bulan, Marikh dan asteroid.

Orion baru sahaja memasuki orbit bulan buat kali pertama pada Isnin.

Di sebalik pelancaran itu, ketua Orion NASA, Howard Hu percaya manusia akan mempunyai kehadiran yang kekal di bulan menjelang 2030.

Bercakap kepada Laura Kuenssberg dari BBC, Howard Hu berkata: "sudah tentu dalam dekad ini kita akan mempunyai orang yang tinggal di sana.

"Mereka akan mempunyai habitat dan berada di atas tanah, itulah yang kami sedang usahakan di NASA."

Hu menjelaskan bahawa objektif orang yang hidup di bulan adalah terutamanya saintifik, bermakna anda tidak akan dapat pergi bercuti di sana dalam waktu terdekat.

"Itulah yang akan kami lakukan, kami akan menghantar orang ke permukaan bulan dan mereka akan tinggal di permukaan itu dan melakukan sains," tambahnya.

NASA melancarkan kapal Orion ke arah bulan minggu lepas sebagai sebahagian daripada misi Artemis pertamanya.

Ia baru sahaja berjaya menyelesaikan penerbangan pertamanya di bulan, membuka jalan untuk pendaratan Bulan yang dikendalikan oleh manusia pada masa depan dalam misi Artemis seterusnya.

Misi Artemis 3 dijadualkan berlangsung pada 2025, dengan pendaratan kru pertama di bulan dalam beberapa dekad. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain