CUBAAN seorang banduan untuk melarikan diri dari penjara gagal apabila perutnya tersepit pada lubang dinding. Rafael Valadao cuba memanjat keluar dari lubang di penjara di Ceres, tengah Brazil, namun terperangkap. Pengawal penjara memerhati sambil ketawa ketika anggota bomba datang untuk membebaskan banduan yang tersepit. Sekumpulan pegawai penjara melihat banduan yang tersepit. foto SN/Dudu Bala - Jornal Populacion Badan banduan itu terlalu besar untuk melalui lubang kecil di dinding yang dipecahkannya bersama rakan-rakannya yang bersubahat. "Dia mempunyai badan yang sangat besar, dan juga sangat tinggi," kata seorang anggota bomba kepada Telegraph. "Banduan lain cuba menolaknya tetapi dia terus tersepit di dinding. Dia mula menjerit kesakitan, dan ketika itulah pengawal penjara dimaklumkan perkara itu," tambahnya. Menurut laporan Daily Mail, kemalangan yang menimpa Valadao itu menyebabkan dua banduan lain yang juga berharap untuk melarikan diri, terperangkap di dalamnya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI