KEBIASAANNYA golongan suami berasa cukup gembira apabila mendapat perkhabaran mengenai isteri mereka hamil. Malah, ada juga yang mengalirkan air mata apabila mendapat berita bakal menimang cahaya mata setelah mendirikan rumah tangga. Detik yang dikongsikan oleh pasangan berkenaan mampu membuat kebanyakkan netizen tersentuh hati apabila melihatnya. Namun berbeza kisahnya terjadi kepada wanita ini apabila keterujaaan untuk berkongsikan berita kehamilannya kepada suami bertukar suram. Ia berikutan reaksi suaminya tidak memberangsangkan. Rakaman diambil oleh wanita ini menunjukkan suaminya kelihatan sangat kecewa apabila mengetahui tentang kehamilannya. Bahkan, dia seolah-olah terkejut bercampur marah mendengar khabar berita berkenaan. Melalui video itu, berulang kali lelaki berkenaan bertanya kepada wanita tersebut jikalau dia mengambil atau tidak pil pencegah kehamilan. Hal ini kerana dirinya masih belum bersedia untuk mempunyai anak kerana dia bakal menerima kenaikan pangkat tidak lama lagi. Walaupun pengesahan kehamilannya dibuat melalui kit ujian air kencing sahaja dan masih belum berjumpa dengan doktor, tindakan lelaki tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen. Meninjau di ruangan komen, warganet mempunyai pandangan berbeza-beza, di mana ada yang memahami perasan suami dan pada masa sama menggangap respon diberikan adalah tidak patut. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI