LILIA Gazimova menggambarkan ia sebagai satu keajaiban selepas terselamat dari bom Rusia yang menghentam rumahnya. Letupan bom itu memberikan impak yang berpusat di ruang bawah tanah miliknya. Lebih meremangkan bulu roma apabila ruang bawah tanah itu adalah tempat dia selalu tidur. Bagaimanapun, nasib menyebelahinya pada saat kejadian apabila dia sedang berada di bilik lain iaitu bilik anak pertamanya, Artem. Lilia yang berumur 22 tahun berkata dia melahirkan anaknya hanya beberapa jam selepas bedilan bom Rusia yang mengenai rumahnya. Kejadian pada pukul 1 pagi hari Isnin waktu tempatan itu berlaku di zon konflik Rusia-Ukraine di daerah Kherson. Dia terbangun dari tidurnya apabila mendengar letupan bom yang sedang mengganas di luar. "Jika kami tidur di bilik biasa kami di ruangan bawah tanah, kami semestinya sudah menjadi mangsa korban," kata Lilia. Lilia sangat bersyukur masih diberikan peluang untuk bernafas dan ada bersama cahaya mata baharunya itu. - The Sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI