suria

Bekas Miss Croatia dikritik hebat, selamba pakai baju seksi tonton Piala Dunia 2022

Bekas Miss Croatia, Ivana Knoll menayang baju seksi ketika menonton Piala Dunia 2022 baru-baru ini.

BEKAS Miss Croatia, Ivana Knoll tampil dengan pakaian yang seksi ketika menyokong pasukan negaranya di Piala Dunia 2022, meskipun dikritik hebat.

Jelitawan itu mula mencetuskan kemarahan segelintir pengkritik apabila mempamerkan lekuk tubuhnya menjelang aksi pembukaan Croatia menentang Maghribi di Stadium Al-Bayt.

Knoll, 30, sekali lagi menarik perhatian apabila mengenakan pakaian bertemakan bendera Croatia menjelang perlawanan menentang Kanada, pada Ahad.

Digelar sebagai 'peminat paling seksi' di Piala Dunia, Knoll turut berkongsi fotonya dengan pakaian yang mendedahkan dada di Instagram bersama 700,000 pengikutnya.

Difahamkan, tiada sebarang tindakan diambil meskipun jelitawan itu terang-terangan melanggar kod pakaian yang ketat sebagaimana peraturan yang dikenakan oleh negara Timur Tengah itu. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain