suria

Jemaah rebah sebelum meninggal dunia ketika solat Jumaat

Seorang jemaah meninggal dunia ketika solat Jumaat. foto MNC Portal/Aryanto

SEORANG jemaah meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika menunaikan solat Jumaat.

Kejadian berlaku di Masjid Raya Randudongkal di Pemalang di Jawa Tengah, Indonesia.

Anggota polis Randudongkal bersama seorang kakitangan perubatan yang juga merupakan jemaah segera memeriksa keadaan lelaki berusia 59 tahun itu selepas solat.

"Setelah diperiksa oleh petugas dari pusat kesihatan Randudongkal yang kebetulan berada di lokasi, jemaah tersebut disahkan meninggal dunia," kata Ketua Polis Pemalang, AKBP Ari Wibowo melalui Ketua Polis Randudongkal, Iptu Jaeni, pada Jumaat.

Tambah beliau lagi, polis bersama penduduk tempatan membawa jenazah untuk dikebumikan.

"Daripada maklumat keluarga, arwah mempunyai sejarah penyakit.

"Semoga arwah meninggal dalam keadaan husnul khatimah, dan keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan," ujarnya lagi. - Oke News

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain