SEORANG lelaki warga emas ditemui maut di sebuah bilik hotel. Lelaki berusia 69 tahun itu dikatakan bersama teman wanitanya mendaftar masuk hotel berkenaan. Setelah dua jam mengadakan hubungan intim, lelaki berkenaan dilaporkan tidak bernyawa. Kejadian berlaku di Mojoagung Jombang, Jawa Timur, Indonesia. Panik dengan keadaan itu, wanita yang berstatus janda itu keluar dari bilik bagi mendapatkan pertolongan daripada kakitangan hotel. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan didapati sudah berkahwin. Ketua Polis Mojoagung, AKP Bambang Setiyobudi berkata, menerusi keterangan teman wanitanya yang berusia 46 tahun, lelaki berkenaan didakwa mengambil makanan tambahan (vitamin) untuk menambahkan stamina sebelum mereka melakukan hubungan intim. Polis turut mengambil beberapa bahan untuk dijadikan bukti termasuk sehelai seluar panjang dan botol plastik. Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur keganasan yang menyebabkan kematian mangsa. - Hello.id Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI