SATU pasangan suami isteri membuat tuntutan 'terakhir' anaknya di sebuah Mahkamah Perlindungan di United Kingdom. Ibu bapa kepada pemuda koma itu membuat keputusan untuk mengambil sperma anak lelaki mereka. Permintaan tersebut dibuat berikutan keadaan anak mereka ketika itu dalam keadaan nazak dan ditempatkan di unit rawatan rapi. Dilaporkan, pemuda berusia 22 tahun itu rebah ketika bersukan akibat diserang angin ahmar. Menurut bapa berkenaan, anak lelakinya berhasrat untuk memiliki zuriat sendiri dan mereka juga berjanji akan membesarkan anak tersebut. Tuntunan berkenaan bagaimanapun ditolak apabila pihak mahkamah mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan anak pasangan itu bersetuju atau membenarkan spermanya diambil. Menurut sumber, keputusan bertulis hakim diterbitkan setelah melakukan perincian kes manakala pemuda itu dilaporkan sudah meninggal dunia. -Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI