suria

Mesej mohon maaf tahun 1921 ditemui... Siap ada tandatangan birokrat, pemotong kayu

Mesej permohonan maaf ditemukan di bawah patung Ratu Victoria.

SUSULAN robohan patung Ratu Victoria di Kanada yang dilakukan penunjuk perasaan tahun lalu, surat berusia lebih seratus tahun ditemui.

Surat berupa mesej yang ditinggalkan di dalam botol kaca itu ditemukan oleh pekerja yang menggali tanah di bawah patung yang tumbang di Manitoba, Kanada.

ARTIKEL BERKAITAN: Surat cinta berahi murid tahun 6 bocor di Twitter, ajak rakan perempuan jumpa di toilet... Siap berfantasi yang bukan-bukan!

Mengakui terkejut dengan penemuan tersebut, mereka memaklumkan bawah surat bertarikh 30 Julai 1921 mengandungi mesej permohonan maaf.

'Disebabkan larangan, kami tidak dapat mematuhi adat menyimpan sebotol brendi di bawah batu, yang mana kami amat kesal'.

Mesej yang ditinggalkan itu juga turut ditandatangani oleh seorang pemotong batu, pekerja dan seorang birokrat yang merupakan timbalan menteri kerja raya wilayah itu pada masa itu.

Difahamkan, Amerika Syarikat telah melarang masyarakatnya untuk mengeluarkan, mengimport atau menjual alkohol antara 1920 dan 1933. Undang-undang sama juga diamalkan di Kanada.

Terdahulu, insiden patung patung Ratu Victoria dirobohkan dan kepalanya dilemparkan ke dalam Sungai Assiniboine oleh penunjuk perasaan semasa perhimpunan ke atas kubur kanak-kanak orang asli tahun lepas. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain