BUKAN pencemaran mahupun dibunuh pemburu haram! Ribuan anjing laut yang ditemui terdampar dan mati di pantai Laut Caspian di selatan Rusia, pada Ahad mengejutkan ramai pihak. ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena aneh! 'Hujan' kupu-kupu di jambatan, punca kemalangan jalan raya Menurut pihak berkuasa di wilayah Dagestan Rusia, punca kematian kira-kira 1,700 haiwan itu masih belum jelas. Namun, mereka tidak menolak kemungkinan ia disebabkan alam semulajadi. TIada sebarang tanda pencemaran ditemui. "Pada hari Sabtu, sekitar 700 bangkai anjing laut ditemukan di pantai... tetapi bilangannya bertambah pada Ahad selepas ketua Pusat Perlindungan Alam Sekitar Caspian, Zaur Gapizov melakukan pemeriksaan yang lebih luas di pantai. "Gapizov memaklumkan bahawam, anjing laut itu mungkin telah mati beberapa minggu lalu," katanya. Terdahulu, dimaklumkan bahawa, tiada tanda-tanda kesemua haiwan berkenaan dibunuh oleh pemburu haram. Malah Pakar Agensi Perikanan Persekutuan dan pendakwa raya yang memeriksa pantai dan mengumpul data untuk penyelidikan makmal turut mengesahkan, tidak mengesan sebarang bahan buangan yang mengakibatkan pencemaran berlaku. Sebelum ini, beberapa insiden kematian besar-besaran anjing laut dikaitkan dengan alam semulajadi. - 9news Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI