SEORANG wanita patah empat tulang rusuk selepas batuk akibat makanan pedas. Wanita dari Shanghai itu yang dikenali sebagai Huang berkata, ketika batuk, dia terdengar jelas bunyi retakan pada bahagian dadanya, lapor Shanhai Video. Pada mulanya dia tidak fikirkan apa-apa, tetapi kemudian mula berasa sakit apabila bercakap dan bernafas. Hasil imbasan CT menunjukkan empat tulang rusuk Huang patah dan dia diberitahu oleh doktor bahawa dadanya perlu dibalut selama sebulan dan dia harus berehat sementara tulang rusuknya sembuh. Menurut doktor punca asas tulang kecil itu patah adalah kerana berat badannya. Mempunyai ketinggian 171cm dan berat 57kg, Huang mengakui dia sangat kurus pada bahagian atas badan sehingga menampakkan tulang rusuknya. "Tulang rusuk kamu boleh dilihat dengan jelas di bawah kulit. Tiada otot untuk menyokong tulang, jadi ia mudah patah apabila batuk," kata seorang doktor kepadanya. Dia berjanji akan melakukan lebih banyak latihan fizikal untuk meningkatkan jisim otot dan berat bahagian atas badannya selepas pulih. -SCMP Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI