IDENTITI seorang kanak-kanak yang ditemui mati dibunuh 65 tahun lalu, tidak diketahui. Namun identiti tersebut dapat dikenal pasti menggunakan teknologi baharu yang canggih. Kes yang berlaku di Philidelphia, Amerika Syarikat, akhirnya mendapat maklumat mengenai identiti si mati buat pertama kali pada Khamis. Dia dikenal pasti sebagai Joseph Augustus Zarelli, yang dilahirkan pada 13 Januari 1953. Ini bermakna mangsa berusia tidak lebih dari empat tahun ketika dibunuh secara tragis. Butiran mengenai mangsa. foto Philadelphia Police Department Pada 1957, mayatnya ditemui dalam keadaan berselimut di dalam sebuah kotak kadbod di sebuah kedai. Pakar percaya mangsa telah dibunuh beberapa hari sebelum mayatnya ditemui. Difahamkan, kemajuan dalam sains sekitar teknologi DNA adalah kunci kepada pendedahan identiti mangsa. Dengan nama Joseph kini diketahui, kes tersebut diteruskan untuk penguatkuasaan undang-undang. Polis berkata, mereka telah berhubung dengan keluarga sebelah ibunya dan difahamkan mengetahui identiti ibu bapa kandungnya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI