SEORANG wanita mabuk didapati melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki transger gara-gara mengesahkan jantina sebenarnya. Wanita berkenaan diarahkan untuk membayar pampasan £300 (RM1,614) kepadanya selepas disabitkan dengan kesalahan itu. Menurut pendengaran mahkamah, Karen Waldron, 53, dari Matson Avenue, Gloucester, United Kingdom dikatakan berbuat demikian untuk mengesahkan mangsa sebagai lelaki. Kejadian berlaku di sebuah bar di Cheltenham, Gloucester, pada 6 Februari tahun ini. Dalam kejadian itu, tertuduh didapati menyentuh kemaluan mangsa. Namun, dia menegaskan bahawa hanya 'mengawasi' rakan yang terdedah kepada lelaki transgender yang keluar bersama rakannya itu. Waldron mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan serangan seksual. Dia bagaimanapun disabitkan kesalahan oleh majistret di Cirencester, Gloucestershire. - Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI