suria

Kanak-kanak lompat ke dalam tasik beku selamatkan rakan, akhirnya terkorban bersama

Tasik yang telah meragut nyawa empat kanak-kanak.

JACK Johnson, 10, adalah seorang dari tiga kanak-kanak lelaki yang kehilangan nyawa selepas kumpulan anak kecil itu menghadapi situasi cemas di sebuah tasik.

Difahamakan suhu tasik itu berada di bawah paras beku memandangkan ia musim sejuk di kawasan terbabit.

Mangsa keempat yang hanya berumur enam tahun juga sedang bertarung nyawa di hospital ekoran dari tragedi itu yang berlaku di Babbs Mill Park di Solihull, Midlands Barat, England.

Keluarga dan rakan Jack memberitahu bagaimana dia dengan beraninya bergegas untuk menghulurkan bantuan selepas mendengar jeritan mereka meminta tolong.

Ibu saudara Jack, Charlotte McIlmurray, mengatakan jack hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan nyawa rakannya walaupun keselamatannya sendiri sedang dalam risiko.

"Kanak-kanak berumur 10 tahun itu merupakan anak saudara saya.

"Dia nampak seorang rakannya terjatuh ke dalam tasik dan dia terus berlari ke arah mereka untuk cuba selamatkan.

Doa kami mengiringi keluarga lain yang anak mereka juga turut terkorban.

"Kami sangat sedih tetapi bila kami dapat tahu dia meninggal dunia untuk cuba selamatkan tiga nyawa yang lain, itu menunjukkan dia seorang yang berjiwa besar," katanya melalui satu hantaran di Facebook. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lemas, tasik, hero, berani, selamatkan

Artikel Lain