AKIBAT perasaan cemburu buta, seorang lelaki bertindak diluar kawalan dengan membunuh saudaranya sendiri. Tindakan kejam lelaki itu disebabkan mangsa mengajak isterinya berjalan-jalan di pasar malam. Menurut pegawai polis bernama Jamal, kejadian berlaku pada Jumaat itu melibatkan suspek Bebun, 35, yang bertindak membunuh mangsa, dikenali sebagai Fa menggunakan sabit. “Suspek melihat saudaranya sedang menunggang motosikal, lalu mengejar mangsa sebelum membunuhnya dengan kejam. “Bebun sempat melarikan diri dan bersembunyi di rumah saudaranya yang tidak jauh daripada tempat kejadian,” ujarnya. Untuk rekod insiden itu berlaku di Desa Ambulu, Jawa Timur di Indonesia. Kejadian itu disaksikan penduduk setempat yang kemudiannya bertindak melaporkan kepada pihak polis. Walau bagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh pihak polis tiga jam selepas insiden itu. Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. “Kami rampas barang bukti iaitu sabit yang digunakan untuk membunuh mangsa di tempat kejadian,” ujarnya lagi. Mengikut undang-undang Indonesia, suspek berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah kerana membunuh mangsa. -Kompas.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI