SEORANG ibu bersama bayinya ditemui mati disyaki dibunuh, dan kedua-dua mayat ditemui kira-kira 50 dari rumah mangsa. Kedua-dua mangsa merupakan wanita berusia 45 tahun, dan bayi lelakinya berusia sembilan bulan. Kejadian berlaku di Kampung Permatang Jaya di Indragiri Hulu (Inhu) di Riau, Indonesia. "Kes ini dalam siasatan," kata pegawai perhubungan awam Polis Inhu, Aiptu Mistan. ARTIKEL BERKAITAN: Murid 11 tahun dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki Beliau berkata, mayat wanita itu ditemui dalam keadaan tanpa seluar, manakala bajunya terselak ke atas. Mayat bayi malang itu pula ditemui tidak jauh dari mayat ibunya. Menurut keterangan suami mangsa, dia pergi ke kebun ketika kejadian berlaku di mana isteri dan anaknya berada di rumah. Namun sebaik pulang ke rumah, isteri dan anaknya tiada dan tidak menjumpai setelah mencarinya. Menerusi pencarian dengan bantuan penduduk kampung, akhirnya mayat isteri dan anaknya dalam keadaan terlentang ditemui. Polis kini menyiasat sama ada mangsa wanita itu dirogol. - Oke News Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI