SEORANG nenek sanggup mengenakan bayaran kepada keluarganya untuk makan malam Krismas bagi membantu menampung kos perbelanjaan pada musim perayaan. Caroline Duddridge, 63, mengenakan bayaran kepada dua anak lelakinya £15 (RM80), tiga anak perempuannya £10 (RM53), empat cucunya termasuk orang yang berusia tiga tahun £2.50 (RM13). ARTIKEL BERKAITAN: Pertaruh nyawa lalu jambatan... Wanita sarat hamil 8 bulan, anak 4 tahun lemas dihanyut arus deras banjir Tindakannya itu menyebabkan dia dilabel sebagai 'Scrooge' oleh sesetengah pihak, namun terdapat juga yang memujinya dan menganggap ia adalah pemikiran bijak. Berkata kepada BBC 5 Live, ujarnya, anak-anak diminta untuk membayar sebelum 1 Disember atau tidak dibenarkan datang ke sambutan malam Krismas. Wanita yang berasal dari Cardiff itu memutuskan untuk mengenakan bayaran lebih kepada anak-anak lelakinya kerana mereka adalah pekerja sepenuh masa manakala anak perempuan hanya bekerja sambilan selain turut membesarkan keluarga. Pembantu pengajar itu menjelaskan bahawa kos sara hidup dan kos tenaga yang meningkat adalah satu lagi sebab dia meminta keluarganya untuk berpisah. Difahamkan, caj makan malam Krismas telah dilakukannya sejak 2016. - Metro.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI