KELAHIRAN kembar siam di Hospital Universiti Mansoura, Mesir, mengejutkan doktor kerana memiliki empat tangan, dua kaki dan dua kepala. Sembilan bulan sebelum kelahiran kembar tersebut, kehamilan wanita yang tidak dinamakan itu dianggap sebagai konvensional. Difahamkan, ibu kepada bayi itu telah menjangka kelahirannya sebagai kembar siam. Dari bahagian batang tubuh ke bawah, mereka kelihatan seperti seorang bayi, tetapi dari atas, mereka masing-masing mempunyai dua tangan, kepala dan leher tersendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Walaupun doktor kata mustahil, wanita gempal ini berjaya lahirkan 3 anak kembar Kembar itu dilahirkan secara pembedahan caesarean (c-section) dan jantina mereka masih belum didedahkan. Doktor juga beranggapan kembar itu berkongsi terlalu banyak organ pada bahagian dada, sekali gus menyukarkan usaha untuk memisahkan mereka. Mereka kini telah dipindahkan ke hospital kanak-kanak pakar untuk meneruskan rawatan. – Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI