suria

Doktor rebah, pesakit dirawat atas lantai hospital... Gelombang terkini Covid-19 di China membimbangkan

Pesakit diberi rawatan di atas lantai di salah sebuah hospital di China.

SITUASI Covid-19 di China terus membimbangkan apabila terdapat jangkitan baharu pada tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Gelombang jangkitan terkini itu sekali gus mengakibatkan hospital penuh manakala pasukan perubatan terus sibuk menjalankan tugas.

Ekoran daripada itu, kerajaan China membina hospital sementara untuk menyaring pesakit yang bergejala.

Malah terdapat video yang memaparkan seorang doktor rebah di hospital ketika memeriksa pesakit.

Menerusi rakaman video itu, doktor terbabit dilihat merawat seorang demi seorang pesakit sebelum tiba-tiba rebah di kerusinya.

Seorang doktor rebah di kerusinya secara tiba-tiba.

Seorang doktor rebah di kerusinya secara tiba-tiba.

Satu lagi video yang turut tersebar memaparkan, pesakit diberikan CPR di atas lantai sebuah hospital di bandar Chongqing selepas kesemua katil di dalam bilik itu penuh dengan pesakit kronik, diintubasi dan disambungkan ke ventilator.

Menurut Reuters, penduduk di Beijing juga perlu menunggu hari untuk membakar mayat mendiang sanak saudara atau perlu membayar yuran yang tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan tepat pada masanya.

"Pekerja di dua rumah pengebumian berbeza di Beijing memaklumkan terdapat lonjakan dalam penduduk yang ingin membakar mayat saudara-mara yang meninggal dunia pada hujung minggu, menyebabkan beratur dan kelewatan.

"Tunggakan itu telah mendorong beberapa penduduk mencari jalan penyelesaian, seperti menggunakan kereta mereka untuk membawa mayat ke rumah pengebumian," lapor Reuters. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, China terjejas, doktor rebah,

Artikel Lain