KEGHAIRAHAN puluhan pelajar di Peru menari pada hari graduasi mereka berakhir tragedi apabila 25 daripadanya terjatuh ke dalam lubang yang dianggarkan sedalam 2.1 meter (7 kaki). Insiden yang melibatkan graduan lelaki dan wanita itu berlaku semasa mereka sedang rancak menari mengikut alunan muzik. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Disebabkan berada dalam jarak yang dekat dan menari sambil melompat-lompat, lantai bangunan yang dianggarkan seluas beberapa buah kenderaan itu retak sebelum runtuh sepenuhnya. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di wilayah San Martin Peru pada 17 Disember lalu. Kedalaman lubang berkenaan dianggarkan 2.1 meter. Ia susulan rakaman video dengan kapsyen 'prom night turns to tragedy' dimuat naik pada tarikh berkenaan. Pun begitu, menerusi rakaman terbabit, kesemua mangsa berjaya diselamatkan selepas salah seorang individu yang berada di tempat kejadian meletakkan tangga ke dalam lubang itu. Terdapat juga seorang lelaki yang turut membantu menarik mangsa keluar. - Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI