SEORANG wanita maut akibat kecederaan di bahagian kepala semasa cubaan memecah rekod dunia bagi acara tarik tali di Makassar, Indonesia pada 18 Disember. Rakaman tular menunjukkan seramai 5,294 orang sedang bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut. Tali sepanjang 1,540 meter yang digunakan kelihatan seperti tertarik dengan kuat, menyebabkan mangsa iaitu Masita B. tersadung dan terseret atas jalan raya. Kepala mangsa yang tidak diketahui umurnya itu terhantuk ke pembahagi jalan konkrit, menyebabkan darah tumpah ke atas jalan raya. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pecah rekod dunia berjalan atas tali setinggi hampir 2,000 meter di udara Orang ramai yang berada di sekeliling menjerit ketakukan apabila Masita terbaring di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah. Punca tali itu terputus tidak dapat dipastikan kerana acara tersebut belum bermula, malah tali kelihatan tidak tegang ketika kejadian berlaku. Jumlah orang yang tercedera akibat kemalangan tersebut tidak jelas kerana ada laporan yang menyatakan tiga orang tercedera, manakala beberapa sumber berkata 13 orang terlibat. Penganjur menolak tuduhan kecuaian kerana semua langkah keselamatan dipantau dan insiden kematian Masitah merupakan sebuah kemalangan. Kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. – Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI