suria

"Tragedi berganda"... Wanita hamil 15 minggu ditikam bertubi-tubi

Wanita hamil 15 minggu ditikam bertubi-tubi.

TRAGIS!

Seorang wanita hamil 15 minggu maut selepas ditikam berkali-kali di rumahnya.

Natalie McNally, 32, dibunuh pada malam Ahad di County Amagh, Irerland Utara.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu pecahkan rekod dunia, wanita maut ketika sertai acara tarik tali bersama lebih 5,000 peserta

Pembunuhan kejam itu disifatkan polis sebagai ‘tragedi berganda’ yang telah menyebabkan janin dalam kandungan ‘hancur’.

Susulan serangan tersebut, seorang lelaki ditahan pada Isnin kerana disyaki membunuh.

Pun begitu dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Mangsa, McNally ditikam beberapa kali dan terdapat tanda-tanda kecederaan pertahanan.

“Sangat menyedihkan untuk menambah bahawa Natalie sebenarnya hamil 15 minggu. Serangan maut ini berlaku di rumahnya sendiri dan telah mengakibatkan tragedi berganda iaitu kematian seorang bakal ibu, bersama bayinya yang belum lahir,” ujar Ketua Inspektor Detektif John Caldwell

Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan khususnya, pemandu yang melalui Jalan Kiln di Lurgan pada malam Ahad 18 Disember.

Sila hubungi detektif di 101, memetik rujukan 2127 pada 19/12/2022. - Mirror.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

wanita hamil maut, ditikam,

Artikel Lain