suria

Gadis mengaku siram pokok bunga dengan darah haid, siap lumur pada wajah

Riley Ayn tular kerana melumurkan darah haid pada wajahnya.

SEORANG pempengaruh TikTok yang mempunyai 27,000 pengikut, Riley Ayn tular di media sosial kerana melumurkan darah haid pada mukanya demi tujuan kecantikan.

“Saya mendapat banyak komen tentang apa yang boleh dilakukan dengan darah haid, jadi inilah semua yang saya lakukan.

“Pertama sekali, saya menyiram tanaman saya dengan darah haid. Cairkan darah tersebut dengan sedikit air, ia sesuai dengan tanaman saya.

Pengguna TikTok itu mempunyai pelbagai cara untuk meggunakan darah haid dalam kehidupan seharian.

“Perkara lain ialah untuk penjagaan kulit. Saya tidak nafikan yang mungkin sesetengah orang pelik dengan perkara ini, tapi saya gunakan ia sebagai facial mask." ujarnya.

Dalam pada itu, Cigdem Kemal Yilmaz, Pakar Kimia dan pengasas Skin Masterclass telah memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi trend berkenaan.

“Saya percaya trend ini dimulakan sebagai salah satu pilihan untuk rawatan plasma kaya platelet (PRP) yang dijalankan dalam keadaan klinikal di bawah keadaan steril.

ARTIKEL BERKAITAN: Lumur darah haid pada wajah, ramai nak muntah selepas tahu rahsia kecantikan gadis ini

“PRP disediakan melalui proses yang dikenali sebagai sentrifugasi pembezaan di mana seluruh darah melalui mesin sentrifugasi untuk memisahkan sel darah merah (RBC) dan platelet yang terampai dalam volum plasma akhir terkecil.

“PRP mengandungi kemokin, sitokin, dan tujuh faktor pertumbuhan protein asas, yang boleh menyumbang kepada pecutan penyembuhan, pertumbuhan tisu dan penjanaan asid hyaluronik,” ujarnya.

Dia juga berkata bahawa teknik ini sebenarnya telah terbukti secara perubatan, tetapi tiada bukti saintifik atau klinikal yang menyatakan darah haid yang disapukan pada muka boleh memberi kesan baik pada kulit. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain