suria

Pertaruh nyawa lalu jambatan... Wanita sarat hamil 8 bulan, anak 4 tahun lemas dihanyut arus deras banjir

Seorang ibu hamil bersama anaknya berusia empat tahun ditemui lemas. -gambar hiasan

SEORANG wanita hamil lapan bulan lemas selepas dibawa arus deras dalam kejadian banjir.

Bukan setakat itu, anaknya berusia empat tahun turut ditemui lemas.

Wanita berusia 31 tahun itu meninggal dunia pada Rabu lalu, dalam kejadian di Kampung Mojomalang, Parengan, Tuban di Jawa Timur, Indonesia.

Sementara itu, suami mangsa kini menjalani rawatan intensif di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut selepas ikut arahan GPS, kereta terjunam dalam air

Kejadian berlaku ketika keluarga berkenaan menaiki motosikal hendak menyeberangi jambatan kecil ketika hujan lebat di kawasan Tuban yang dilanda banjir.

"Penduduk kampung yang memberi amaran untuk tidak menyeberangi jambatan, namun mangsa tidak menghiraukanya dan terus melaluinya,” kata Ketua Polis Daerah Parengan, AKP Gunadi mengesahkan kejadian itu, pada Khamis.

Ketika melintasi jambatan kecil, motosikal yang dinaiki tiga beranak itu dihanyutkan arus deras.

Suami mangsa kemudian ditemui dalam keadaan lemah, kira-kira 50 meter dari lokasi mereka dihanyutkan, dan dikejarkan ke hospital.

Wanita itu ditemui pada Rabu malam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan.

"Pada mulanya, anak mangsa meninggal dunia sebelum wanita itu turut meninggal dunia di hospital," kata jiran mangsa. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain