SEORANG lelaki yang mengalami tekanan jiwa, nekad membakar dirinya sendiri di rumah pada Jumaat. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari di Kelurahan Senen, Jakarta Pusat Indonesia, bagaimanapun disedari jirannya yang kemudian membantu memadamkan kebakaran. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sanggup jual buah pinggang demi rawatan anak Difahamkan, mangsa pada itu berada di aras dua rumahnya sebelum jiran mendengar suara dan melihat kepulan asap tebal. Menurut jurucakap polis, disebabkan berasa pelik dengan situasi tersebut, mereka terus meluru masuk dan melihat mangsa sedang terbakar. Katanya, tindakan pantas penduduk akhirnya, berjaya menyelamatkan nyawa mangsa. Pun begitu, dia mengalami luka kebakaran yang serius dan kini sedang dirawat di hospital. "Kami masih belum mengetahui motif mangsa membakar dan cuba membunuh diri tapi dari maklumat awal dia mengalami gangguan jiwa. "Mangsa juga tidak dapat disoal siasat lagi," ujarnya. Tambahnya, mangsa juga sering dikatakan bercakap sendirian serta memberi ubat kepada orang ramai, namun tiada siapa tahu berkenaan ubat-ubatan yang dibawanya. Malah dia tinggal bersama empat lagi saudara, tetapi semasa kejadian tiada seorang pun bersamanya di rumah. - Okezone Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI