suria

Inflasi harga barang, wanita telan makanan kucing untuk alas perut

Wanita ini menjamah makanan haiwan peliharaannya untuk teruskan hidup. - Mirror

SEORANG wanita yang tidak mampu membeli makanan menjelang Krismas telah ditinggalkan untuk makan makanan kucing sebaliknya.

Wanita itu memanaskan makanan haiwan kesayangan supaya dia boleh menikmati sesuatu yang hangat untuk dimakan pada musim sejuk.

Ramai rakyat Britain menghadapi keputusan sukar sama ada untuk memanaskan rumah mereka atau memberi makan kepada diri mereka sendiri dalam krisis kos sara hidup.

Wanita itu adalah salah seorang daripada ramai penduduk yang telah hadir ke pertemuan komuniti hab pada Jumaat untuk mendapatkan bantuan, lapor Birmingham Live.

Ia telah menjadi bantuan yang "tidak ternilai" untuk keluarga di estet Solihull di Birmingham tatkala keadaan yang mendesak dan peningkatan bil tenaga.

Ahli majlis perbandaran Chelmsley Wood Michael Connolly menzahirkan rasa terkejutnya bertemu wanita itu di hab komuniti.

"Macam tidak percaya ada seseorang yang tinggal di sini memanaskan makanan kucing untuk mengalas perut.

"Tak semua orang mampu untuk mempunyai pemanas dalam rumah sepanjang hari. Mereka juga tidak mampu untuk makan makanan panas setiap hari." katanya.- Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain