HANYA berseluar dalam, seorang lelaki nekad melawan sekumpulan pencuri bersenjata selepas rumahnya dipecah masuk. Kejadian yang berlaku di Gold Coast, Australia itu menyaksikan Steve Middleton, 50, berdepan tiga pencuri. Tidur dalam keadaan berbogel, pekerja binaan itu dikejutkan dengan bunyi bising dari garaj keretanya, pukul 4.30 pagi. Sebaik sekumpulan pencuri melarikan, Steve mencapai seluar dalam sebelum mengejar dan berlawan dengan mereka yang bersenjatakan kayu besbol dan pisau. Walaupun ditetak menggunakan pisau oleh salah seorang pencuri, dia dengan tenang meminta polis menyiasat kejadian itu supaya dia boleh pergi memancing. ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru pencuri, imej CCTV tunjuk punggung jadi petunjuk "Saya bangun dan melihat kereta saya seperti sedang diperiksa. Saya fikir itu hanya teman lelaki anak saya. "Kemudian saya melihat seorang lagi muncul dan memeriksa kereta yang lain. Ketika itu saya sedar kami dirompak. “Ketika itu saya bertelanjang, jadi saya segera memakai seluar dalam dan berlari keluar," katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan Gold Coast Bulletin. Rakaman kamera keselamatan menunjukkan Steve yang hanya memakai seluar, dilihat memegang bahagian baju salah seorang pencuri, manakala seorang pencuri cuba memukulnya menggunakan kayu besbol. Dia yang juga tidak berkasut terus mengejar, namun penjenayah tersebut melarikan diri dengan menakiki dua kereta secara berasingan. “Seorang pencuri pukul saya dengan kayu besbol, jadi saya gunakan seorang lagi sebagai 'perisai' saya. "Saya tidak menjangka bangun dari tidur dan berdepan dengan situasi ini. "Selepas pihak polis menerima laporan itu, saya terus bertanya sama ada saya boleh pergi memancing atau tidak. “"Bagaimanapun, kami masih perlu menunggu forensik datang untuk melakukan pemeriksaan cap jari," katanya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI