SEORANG suami naik angin selepas isterinya kantoi curang dengan lelaki lain dalam rakaman kamera monitor bayi. Marek Fecko, 47, mendengar pasangan itu bersenggama melalui peranti kamera monitor bayi yang disambungkan ke telefonnya secara atas talian. Lebih malang kejadian itu berlaku semasa dia sedang bekerja di pejabat. Dia bergegas pulang ke rumah untuk bersemuka dengan isterinya dan kekasih gelap si isteri, lelaki itu ternyata merupakan bekas rakan sekerjanya di pejabat. Marek terus mengugut mereka dengan menggunakan pisau. Si suami yang berang sebenarnya telah mengetahui mengenai hubungan sulit itu selama lima bulan tetapi menunggu untuk menerjah pasangan ketika mereka sedang 'bersama'. Di Mahkamah Carlisle Crown, pendakwa Tim Evans berkata rakaman kamera monitor bayi itu menjadi bukti kukuh isteri Frecko bermain kayu tiga di belakangnya. “Kamera monitor bayi yang disambungkan secara atas talian itu mempunyai audio dan video yang boleh diperhatikan melalui telefon Frecko. "Isterinya sedar akan kehadiran kamera monitor bayi itu dan telah memalingkanyya ke dinding tetapi dia bagaimanapun lupa hendak menutup rakaman audio. "Frecko dapat mendengar hubungan sulit yang sedang berlaku itu melalui telefon pintarnya," kata pendakwa. Setibanya Frecko di rumah, dia terus mencari lelaki itu dan menjumpainya terkunci di dalam kereta. Dia mengacukan pisau ke arahnya dan mengugut untuk membunuhnya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI