suria

Tukang tilik guna asparagus buat ramalan 2023, antaranya negara di Asia Timur akan huru-hara kerana Covid-19

Jemima Packington mendakwa dapat membuat ramalan mengenai masa depan dengan menggunakan asparagus.

SEORANG tukang tilik yang meramal masa depan menggunakan asparagus telah mendedahkan ramalan bagi tahun 2023.

Jemima Packington, 65, mendakwa dapat membuat ramalan mengenai masa depan dengan melemparkan asparagus ke udara dan mentafsir cara tumbuhan itu 'mendarat'.

Beberapa ramalan Packington sebelum ini menjadi kenyataan seperti Brexit, serta berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle daripada keluarga diraja British.

Bagaimanapun, beberapa ramalannya untuk 2022, seperti Croatia memenangi Piala Dunia 2022 dan Boris Johnson kekal sebagai Perdana Menteri United Kingdom 'tidak menjadi'.

Untuk tahun ini, Packington tampil dengan beberapa ramalan baru.

Antaranya, berlaku 'kegawatan' negara Asia Timur susulan wabak Covid-19, akan ada penyingkiran gelaran diraja, Puteri Anne iaitu anak kepada Ratu Elizabeth II berdepan dengan isu kesihatan serta lebih banyak kelahiran diraja akan diumumkan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain