SEEKOR kucing telah menerima cercaan yang hebat dan juga ancaman bunuh selepas bertanding dalam perlumbaan renang yang sepatutnya melibatkan anjing sahaja. Kucing yang diberikan nama Gus itu menceroboh masuk ke dalam acara yang dikhaskan untuk aning sahaja sehingga menimbulkan kemarahan pemilik anjing lain dalam acara di Scotland Island, Australia. Pada mulanya pemilik Gus hanya menghantar haiwan peliharannya itu untuk menyertai pertandingan tersebut secara suka-suka dan bertujuan untuk membuat lawak jenaka. Walaupun begitu, perkara menjadi serius apabila kucingnya memenangi perlumbaan renang itu dan meninggalkan pemilik anjing yang lain menanggung malu. Perlumbaan renang 550 meter yang dikhaskan untuk anjing itu berlangsung di antara Scotland Island dan Church Point di Sydney, Australia. "Gus telah dibiasakan dengan permainan sukan air sejak usia dia berumur 11 minggu. Dia berenang bersama saya, dia berkayak bersama saya. "Gus adalah sebahagian dari gaya hidup kami. Secara suka-suka kami hantar Gus untuk memasuki perlumabaan renang yang hanya untuk anjing sahaja. "Dan lihatlah Gus menjadi juara meninggalkan anjing-anjing yang lain di belakang," kata pemilik Gus. Tetapi kepada pemilik anjing yang tewas dalam perlumbaan itu, mereka mengambil serius perkara itu dan membenci Gus. Gus dan tuannya menerima kata-kata kesat dan juga diugut bunuh. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI