suria

Derita 9 jam, budak 12 tahun terpaksa dibedah gara-gara masukkan termometer dalam zakar

Imbasan X-Ray menunjukkan satu termometer tersangkut dalam kemaluan. foto Changyi Jiang

KESILAPAN memasukkan objek ke dalam kemaluan bukan satu perkara baharu, dan begitulah yang terjadi pada seorang budak lelaki berusia 12 tahun.

Kanak-kanak dari Chengdu di China itu terpaksa dimasukkan ke hospital, gara-gara memasukkan termometer ke dalam kemaluannya.

Dilaporkan budak tersebut memasukkan alat perubatan itu ke dalam zakarnya ketika beronani, dan mengalami kesakitan yang amat sangat selama sembilan jam selepas ia tersekat.

Imbasan X-Ray menunjukkan termometer itu berada jauh di atas saluran kencing sehingga memasuki pundi kencing kanak-kanak malang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Eksperimen seks bawa padah, remaja masuk hospital selepas kabel USB tersangkut dalam zakar

Doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kerana bimbang tindakan menarik objek itu akan merosakkan organ pesakit.

Budak lelaki itu membuat pengakuan kepada pakar perubatan mengenai tindakannya memasukkan termometer tersebut untuk keseronokan seksual.

Pembedahan itu berjaya dilakukan, walaupun doktor tidak menyatakan sama ada mangsa mengalami komplikasi jangka panjang akibat tindakannya itu. - Metro UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain